FRISBEE

FRISBEE

Teman




Chat SN

Sunday, 30 December 2012

Si Cinta Lavender

"What is Lavender?" ok, mari kita berkongsi sedikit mengenainya . setelah aku membuat sedikit pembacaan mengenai Lavender di laman internet ini . aku dapati selain Lavender ia juga dikenali sebagai Lavandula .ianya , sebuah genus tanaman berbunga dalam suku Lamiaceae yang memiliki 25-30 spesies. (maksud genus tu kelompok taw!) 
Asal tumbuhan ini adalah dari wilayah selatan Laut Tenga sampai Afrika tropis dan ke timur sampai India. Genus ini termasuk tumbuhan menahun, tumbuhan dari jenis rumput-rumputan, semak pendek, dan semak kecil. Tanaman ini juga menyebar di Kepulauan Canaria,  Afrika Utara dan Timur, Eropa selatan (terutama Perancis selatan), Arabia, dan India. Karena telah ditanam dan dikembangkan di taman-taman di seluruh dunia, tumbuhan ini sering ditemukan tumbuh liar di daerah di luar daerah asalnya.Bunga tanaman ini berwarna ungu. 
Bunganya yang harum menyebabkan nyamuk tidak mau mendekat. Bunga lavender ini sudah dikenal dan umum dipakai dalam pembuatan lotion pengusir nyamuk. Bila ingin menggunakan bunga ini agar kulit kita tidak digigit nyamuk adalah dengan menggosok-gosokan bunganya pada kulit kita.
Selain itu, biasanya lavender digunakan untuk mandi. Ramuan lavender dicampurkan dengan air hangat, karena lavender juga dapat menyehatkan kulit korang   Sebagaian orang, telah mengolah lavender menjadi teh herbal dengan rasa lavender yang juga dapat menyembuhkan sakit punggung, sakit otot dan sakit kepala. Lavender juga dapat mengurangi sakit radang tenggorokan, reaksi alergi dan mengobati kembung.
Sebagai contoh
korang juga bisa merasakan manfaat lavender, ketika korang tidur. Dengan mencium aroma lavender, akan membuat tidur korang  emakin pulas, karena efek aroma lavender yang menenangkan. Hiruplah aroma minyak lavender sebelum anda tidur. Atau anda bisa memercikan sedikit minyak lavender ke bantal korang  ntuk hasil yang maksimal. Hal yang perlu diperhatikan adalah minyak lavender tidak boleh dioleskan pada kulit tanpa dicairkan terlebih dahulu dengan air.

"saya peminat lavender~! " agak2 kan kalau aku ada duit nnti , time aku nak pergi ladang lavender ni . hidup lagi tak lavender lavender nie .. ? ^^,
mari kite layan video mengenai lavender . .


#SN#

Friday, 28 December 2012

si Cinta Marshmellow

Assalammualaikum . hai guys , hari nie hari aku bersama blog . saje nak buat satu kelainan terhadap blog aku nie . sorry sape yang tidak kenan dgn design . actually i know ade bahagian yang kene ubah . so aku masih dalam process membaca code code yang telah aku gabung kan dan aku dah pening lalat membaca nya .so tunggu next hidayah tuk set up lagi blog nie . by the way bukan nie aku nak cerita . 

cerita nya bermula ketika panas terik iaitu waktu lunch hour la .. waktu umi dan anak berdating . yeah~! hehehe . hari ni aku banyak diam laa . sebab keje tak de so mulut nie tak de laa nak cakap pe . means that , aku arini tak banyak cakap la dengan omak aku ni haa . (sorry ummie, ade mood tak baik jugaa~ ^^v)

so tengahari tadi aku keluar dengan umi ke CIMB untuk settle kan beberapa hal dan kemudian kami ke anjung 7 di seksyen 7,shah alam . mission pertama adalah mencari marshmellow . sebab ummie bercadang nak jadi hidangan dessert waktu wedding abang aku . ini baru plan oke . so kami pergi ke anjung 7 tu sebab orang kata kat situ ada kedai marshmellow yang halal (SAH oleh Jakim . .) 


kat kedai yang aku pergi tuu macam jenis fashion marshmellow ada . yang penting ia nya sangat cute . aku geram ase semua aku nak pegang . (bukan nak makan pun , just nak picit2 sebab gebuuu nokk .. ) heheh .. 


antara marshmellow yang sedap dan tak muak di makan marshmellow 'icecream' . di dalam nya ada jam yang sedapp ..  (nak lagii laa . .)

dekat page nie ada menyediakan pelbagai jenis dan fashion marshmellow . yang pasti ianya halal .. (http://halalmarshmallow.biz)




so nie di antara gambar marshmellow  cute.. ada banyak lagi yang cute . and ia nya cute kalau nak di buat hadiah . or bagi kat budak budak .lagi -lagi kalau waktu party2 tuk budak2 . and untuk ekstra info , ada orang suka makan marshmellow dengan choco . or 'cicah' dgn air choco . so tak de laa muak sangat . ada jugak di guna kan di dalam cake dan hiasan nya .

p/s: tadi pergi kedai tu sangat teruja tengak si cute marshmellow!

Thursday, 27 December 2012

sebab kahwin di usia muda


Ramai sekarang anak muda berkahwin di usia muda .  Dunia berputar begitu juga kehidupan . dahulu zaman kahwin awal lingkungan 13-19 tahun, itu adalah kebiasaan dan kemudian ia berubah menjadi kahwin di usia lingkugan 20-an . dan sekarang ia sudah kembali ke zaman dahulu yang mana ramai anak anak remaja berkahwin awal . sebenarnya bila di fikir fikir kan balek , perkahwinan awal nie ada bagus nye. and of course yang utamanya adalah untuk mengurang maksiat . tapi hukum kahwin awal juga akan menjadi makruh jika tidak kemampuan . tapi sekarang aku nak cerita kenapa remaja2 sekarang ramai kahwin awal so kat bawah nih ada jawapan nya . . .

1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh. :)
Dah habis dah? Ada satu lagi, Extra! Hehe..

11.Dapat menantu perempuan cepat.
Nampak seperti gurauan,tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan cepat-cepat ke?Hehe..Mama..Abah..Bila kahwin ini,mama dan abah tidak kehilangan saya.Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak. Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan berkembang keluarga kita.One Happy Family ! :D
Peringatan: Kebaikan kahwin awal sangat banyak, keburukan kahwin awal pun juga tidak kurang banyaknya !

p/s : copy paste di www.blogammar.com . . . hanyan untuk berkongsi . ! 

#SN#


Tuesday, 25 December 2012

MFF story morry

Semalam 25 december 2012 . hari aku keluar bersama dia . kiteorang just pergi area2 shah alam je . atas sebab dan musabab nya untuk menemannya membeli sebuah alat teknologi yang di kenali sebagai handphone .. so aku suggestkan kat dia untuk mengkona konakan stereng nye ke arah plaza masalam di seksyen 9 (first time aku taw PM terletak di seksyen 9 sblm ni taw pergi je ..hahahah ..)

so aku terus bawak dia direct ke kedai yang selalu aku beli . oke for sure dia nak beli jenama sony model Xperia SL . yang kat sebelah nie laa handphone nye . mula agak kureng sikit dengan hp nie .but bila ku bermain mata , heart to heart dengan hp ni , aku rasa aku tertarik kepada satu bahagian hp nie . iaitu transparent di bahagian bawah tu . actually yang macam line putih tu transparent taw .seriusly sgt smart . kalau aku jumpe hp yang fully transparent aku akan usaha kan untuk memilikinya .muahahahah!! (gelak setan)
harga yang dapat setelah process tawar menawar ialah RM1100 , original set kataeww nyeww~! hahah .. so after dah tawar tu baru lah kiteorang pergi mencari mesin ATM maybank . niat awalnya nak pergi atm kat bawah tu jee but mesin tuu cakap "we are sorry .. bla bla " then kiteorang pun pergi cari kat shell v-power . (eceh..) sambil mengeluarkan duit kite bagi kereta "207" ni makan .. (v-power sedap x ..) hehehe . .

after that kiteorang terus shoot to masalam balek .. then officially Xperia SL menjadi milik si dia. eceh .. macam bagi award pulok .. hahah ..

p/s : saje nak kongsi cerita .. thanks sape yang sudi membacaa guys ..

to him ; There must be something wrong with my eyes, I can't take them off you.

#SN#

cuti ku perut ku ^_^

Assalammualaikum ...
rasa macam dah lama tak mem'blog kan diri .. actually , hari sabtu aritu iaitu 22 december 2012 aku balik kampung . di Batu Pahat, Johor . bertolak dalam pukul 8 lebih kut . (aku tak ingat laa pukol bape sebab tak tgk jam pun keluar tu .) then kiteorang pergi sarapan di Restoran Syed di Shah Alam . Seksyen bape , aku tak berapa nak ingat .. (biasalah aku ada masaalah dalam mengingat jalan dan nama nya)

p/s : ayat kat atas tuu tergantung di situ akibat kehadiran tetamu di rumah aku dan aku dah lupa apa kesambungan nya .hahah .. kite lompat cerita je la k .


oke , after aku bagi kad jemputan walimatul urus ke rumah uncle2 dan aunty2 di bahagian johor kiteorang pun menginap di rumah pakcik aku belah ummie aku di Melaka . nginap untuk satu malam . actually tu rumah kedua pakcik aku . rumah pertama dia di shah alam . so whatever la kan .


before sampai di rumah pakcik ku tercinta kami telah berjanji mau ketemu di di hadapan rumah nya , hal ini kerana pakcik ku tercinta ingin membelanjakan wang nye untuk perut3 kami .hahahah .. ~!


pastu kiteorang pergi ke "barkat roti john" Melaka~! asal nnya nak pergi makan seafood but disebabkan da malam so kiteorang tak nak makan berat2 . di antara menu yang di hidang kan adalah........





1. roti john bakar 6 set!

2. ayam golek 3 ekor
3. kerang bakar 2 pinggan besar ...


korang rasa kiteorang di suruh makan ke melantak skrg .... ahhahah . memang terbaik aku terlantar kekenyang . actually aku x nak pun makan tapi kalau orang da order giler byk gitu takkan tak nak jamah langsung kan .  so nak xnak jamah laa sikit .


padahal before datang ke melaka kiteorang dah bedal makan murtabaka singapore di muar ..





sebelah nie kedai yang aku cakap tuu . sgt ohsem oke dia punye murtabak . kalau balek johor ini lah station paling wajib kene singgah . aku pergi singapore pun aku boleh kata murtabak kat sini lagi puas makan . hahaha . kalau korang pergi muar tu, try laa makan murtabak singapore . #thumbsUp~!


aku rasa sampai di sini je cerita kisah cuti2 ku . nak ikutkan banyak lagi bende aku nak cite tapi di sebabkan asek postpone je nak update blog so cerita pun da hilang . hope nanti2 kalau aku da ingat aku update lagi post nie k . =) see u soon ..


p/s : mr.he saya dah update da blog nie .. bayarlaa gaji saya .. heheh  =P


#SN#

Friday, 21 December 2012

saat itu akan ku nantikan

Assalammualaikum ..
sebelum waktu menukar tarikh .  bulan bertukar menjadi matahari .
aku rasa happy sikit ,alhamdulillah berkat aku bersabar mencari cardigan yang sgt2 aku ingin kan .. iaitu long cardigan . finally aku jumpe . walaupun cardigan tuu bukan laa cardigan yang di cari tapi setakat ala2 tuu bole laa .. tapi cardigan yang aku nak tuu akan terus ku cari . or mybe aku tempah mengikut rekaan ku sendiri .eceh2 macam pereka laa pulok . ^_^


aku menemukan cardigan itu di shah alam . setelah di kenal pasti tempat kejadian , tempat nye adalah di tesco ekstra shah alam . waktu ketika kaum adam sedang menunaikan fardhu . =) ingat nak masuk kan pic but baju da lipat laa masuk dalam almari . malas pulok aku nak bukak balek tangkap pic nye . xpe laa ,nnti next2 time aku snap2 k . (sebelah tu lebih kureng la but aku punye ade hoody)

next story urmm . tadi sesampai je di rumah . pakcik and makcik aku kat pendamaran tuu datang . kire nie salah satu sedara yang kerap dtg ke mari laa .. of course laa happy bila sedara datang . actually sedara aku belah ummie lebih rapat and lebih gile2 nye berbanding sedara aku belah abah . maybe sebab kiteorg jarang ke temu . but its oke and i'm happy .. 


aunty aku nie suke bebeno kalau citer pasal dia . happy galok nye .. pastu aunty aku kata "jgn benci2 nanti sayang .." sebenarnya diaorang tataw ape yang aku rase . biar hati berkata . dan biar dia berkata dulu baru hati sudi berkata . eceh2 , macam dato' siti dalam lagu bukan cinta biasa pulak .. heheh .. macam2 lagi dia orang nasihat . then aku pun cakap kat uncle and aunty aku . aku tunggu respon dia dulu baru aku bole cakap apa yang aku rasa . pastu aku cakap la , aku pasrah ape yang berlaku , sebab aku tak nak laa sbb aku dia jadi serbe salah then nanti bagi perasaan palsu kat aku sebab nak jaga hati . pakcik aku and ummi aku kata aku ni takut pada bayang diri sendiri . 


bukan takut tapi da serik . so sekarang kita just tunggu dari pihak dia . kalau Allah kata dia yang terbaik pasti dia akan datang kepada aku .. right . kalau tak nak buat lagu mana . maybe ade yang lebih . itu lah yang sering aku dengar dari mulut seorang yang beriman . 

Thursday, 20 December 2012

philophobia and the truth ..

Assalammualaikum w.b.t ...
good morning everyone . hari ni hari apa murid-murid ..? hari ni hari jumaat cikgu .. ! ( sendiri tanya sendiri jawab .. hahah)

oke malam tadi aku post bende ntah pape . tapi aku da delete .. sbb aku rase post tu ngarut dan x sepatutnya aku post kan .so sesiapa yang dah terbaca tuu . abaikan laa ye . 



malam tadi mr.he ade call aku so . so kiteorang ade borak sedikit mengenai satu penyakit iaitu .. philophobia . dalam erti jawa nya ialah , penyakit yang takut untuk di cintai atau mencintai . hal ini akibat hu8bungan cinta yang berlalu or dalam bahasa itali nya , "relating of love in the past " (owh gituu ,bila jawa speak omputih . .) 

malam tadi waktu time mata ini dalam proses buffering into "my dreamland" . tetibe aku teringat tentang masa lalu aku dengan seseorang . so tetibe aku ada satu perasaan iaitu takut di cintai . aku taku lelaki itu hanya memendam rasa demi menjaga perasaan kepada mereka yang telah menyintai diri nya . aku takut apa yang aku rasa kat dia di balas dengan kepalsuan .


sakit di tipu lagi sengsara daripada sakit kene reject .biar reject awal2 daripada kau reject after kau memberi kenangan terindah . wei , aku pernah kene . sumpah sampai sekarang terasa lagi . dan sebab kan itu pernah berlaku keatas diri ku yang tak bersalah lagi cumel nie , aku jadi takut tentang perasaan mr.he . . 

aku dapat rasekan sekarang bukan waktu yang terbaik untuk aku lebih ke arah tiu . aku tak kan pernah berkata siapa di hati ku melainkan dia yang memulakan nya . sebab aku da penat tuk jujur tentang perasaan aku . lagi penat kalau di balas dengan perasaan palsu . 


oke here! perhatian kaum adam . jangan laa korang bagi harapan kalau korang itu bukan niat korang . kalau nak reject reject je . jangan bagi harapan yang dah tentu korang x bole bagi . 

untuk kaum hawa , biar sakit kene reject dari korang di beri harapan palsu .. sumpah itu lagi sakit . 

ingat! kenangan yang indah kalau di akhirkan dengan sad ending lagi sengsara . 

aku taw , dalam hati aku aku sayang tapi aku masih tak kuat tuk memberi tahu secara lisan nya . biar kaum adam yang mulakan dulu . dan aku tak nak pupuk sangat perasaan nie . nanti sakit . luka lama dah kering kita jangan cari luka lain kan .. 



#SN#

kenangan 20122012 untuk kita

Assalammualaikum semua ..! Harini aku sgt gemberinya aduyai . hehe ..tarikh hari nice kan . 20-12-2012 ---> (20122012) . Ini number byk ongg woo . Sebenarnye disini ada sedikit luahan bahagia . Eceh ayat ku negara ku laa . :-P 

Pagi tadi aku gerak pergi jalan2 ke ibu kota, kuala lumpur . Seperti biasa, hubungan KL dgn kesesakan lalu lintas seperti aur dan tebing . But before that , cube teka sape bersama saya sepjg hari ini ? Of course with my dear mr.he . **wink wink ...
First thing yang paling penting iaitu tujuan utama adalah menempahkan baju utk mr.he . So kiteorg pergi menempah nya di AJAY TAYLORING di jalan masjid india . 


Oke ini adalah kad for the next appointment iaitu bila tarikh dia siap kire cm kad reference bila nak amek nnti . 
So dengan bantuan kerje sama pakcik suhatri a.k.a bakal besan ummie , dan juga ats kerjasama mr.he kita , selesai la sesi ukur mengukur . Fyi , actually ajay tayloring ni jahitan dye cantik laa jugak . Sebab aku da tgk hasil jahitan nya sgt kemas dan teliti . Superb star . :-P

So next destination kite merayau ke plaza city one . (Sebenarnya, tempat nie kiteorg singgah dulu sementara menunggu pak suhatri dtg ke kedai) so koteorg merayau ke sini dulu la untuk mengambil brg yang di tempah minggu lepas , sampin adek ku dan 6 set brg2 tanjak dan samping kanak2 . Tapi yang 6 set tu rupe nye x sampai lagi . Buat ponat eden je dtg . Rase nak cekik2 je uncle tu . Seb bek ade iman . Eceh! Baik x saye .. ** blink blink . 



So of course laa last destination kiteorg pergi taylor kan. Then after that kiteorang berjalan jalan di area2 bazar yang berdekatan . Di situ lah mr.he kita membeli cempedak goreng panas .. nyam3 ..! Sape yang x makan cempedak goreng sangat rugi . Sebab ia sgt urmmpp ! Heheh
Then kiteorg pun berjalan jalan and jalan sampai kasut aku buat hal . Saje nak malukn aki jee . Dengan semena mena tapak kasut ku bole tertanggal dari gam . Lau tertanggal sikit xde hal ni sampai separuh sejak bile dia nk tercabut pun aku tak pasan . Betuah punye kasut . Tak pasal2 kene cari pakcik tukang kasut . Nasib baik ada, kalau tak alamat nye kasut ku bermulut buaya laa sampai balekk .. ngap ngap ! Kata si buaya . Haha . 

Jadinya , mr.he pun meneman aku pergi gam kan mulut buaya ni . Hehe . Oke sesungguh nya dia sgt cool . Relax je . I like bebeh . After selsai sesi gam menngam . Kiteorang pun pulang ke pangkal jalan . On the way, pulang tu before sampai di hadapan semia house, mr.he bole berhenti kat tepi sebab nak belikan waffle choco peanut for me . Oke sgt sweet btw thanks for the waffle .

Aku rase sampai di sini je kut yang bole di cerita mengenai si peragut hati , mr.he.. selebih nye biar antara aku dan dia . Perbualan org cute jee . Korang xleh taw .. shhhhh~ hehe 

::untuk mr.he andai kata awk terbaca , thanks for today oke . 5 january jgn lupe oke .::

Untuk awk ; " jangan persoalkan siapa dihati ku .." jika mau taw juga tanya pada hati mu .. :-P




Wednesday, 19 December 2012

cuti ku tugasan ku


Assalammualaikum . Hye guys ..
Hari nie aku mengambil satu tindakan yang terbaik iaitu cuti keje . Haha lagipun dok kat ofiz tak bende nak di buat . So duduk rumah kite buat ape yang patot . Salah satu nye , task yang di beri adalah ...

1. Basuh segala jenis kasut . 
2. Sental lantai .
3. Pergi putra height .
4. Kemas ape Yang patot .
5. Unknown

Rupa nya mak ku half day laa arini . Tak jadi aku nak pergi betenggek rumah kawan . Sbb rindu lame tak ke temu . Mybe nie bukan masa nye tuk aku betenggek .  

Sekarang aku tengah dok pikir ape jenis kuih yang patot aku buat . Aku nak buat kuih ala ala barat . Tapi tak ke temu yang cocok . Yelah nk masak ni kite Tgk jugak brg ape yang ade kt dapo . 

# tgk adek yang mngelinjang sbb bru kecik kan baju. Mengalah kan perempuan sungguh kmu nie .. 
#SN#

Monday, 17 December 2012

Masih terlintas di mata ku

Kelmarin , ku bertanya kpd mereka . apa yang indah dlam hidup ini . .
ku tanya orang di utara . .
mereka bilang , intan permata itu indah . .
aku diam . .
ku tanya ama orang di timur , 
mereka bilang , bintang itu indah . .
aku diam . .
ku tanya lagi ama orang di barat . .
mereka bilang , bulan itu indah . .
aku diam . .
terakhir ku tanya orang di selatan . .
meraka bilang , dunia itu indah . .
aku diam .. 
kemudian , orang di utara, timur,barat selatan tanya ..
aku bilang diri mu itu indah .. 

hanya diri mu . .

biarkan hanya ku tahu indah mu itu. 
rupa bukan persoalannya .
biarkan kebahagiaan itu menjadi jawapannya ..
hati mu itu lagi penting .
karna hati mu hanya diri mu yang tahu .
bukan rupa yang menjadi tayangan umum itu . 
kekalkan lah ia begitu .
ku mohon jangan menyalahgunakan yaa .. 




p/s : puisi ku hanya untuk mu . biar indah mu hanya aku yang tahu .(sorry terindon2 pulak ..baru ada feel ..)


#SN#

ingat mengingati

Assalammualaikum . . 
mari kita berkongsi sedikit sebanyak tentang pengetahuan agama . tak banyak pun .. sikit je nie . 
post2 sebelum nie pernah aku menyentuh tentang "manusia itu mudah lupa " . 

manusia itu mudah lupa , mudah alpa dgn kemewahan dunia . dalam sibuk mencari harta kadang kadang kita lupa bahawasanya kita sedang di perhatikan olehNYA . 


sedang kita leka , kadang kadang kita lupa yang sedikit sebanyak cara kite menjalani hidup ini , cara kite mencari sesuap nasi telah mendatang kan dosa . 

mungkin dosa itu kita tidak sedar sehinggal 'dah di ketuk ' baru lah sedar . dengan itu Allah memberikan dia penyakit atau musibah ke atas nya . jadi , wahai manusia jika anda di beri musibah jangan laa mudah melatah  . tapi sedar lah dari kekhilafan itu . bangun dan cari lah jalanNya . 

INGATLAH ; 

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN    WAJAH (pucat).

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

SubhanAllah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Jadi jika anda sakit, anda patut gembira kerana dosa anda sedang dihapuskan....

lagu itu lagu aku~!




Aku menyanyikan lagu . 
yang tiada sesiapa yang dapat mendengarnya .
lagu yang tidak dapat di dengari .
lagu tika ku marah .
lagu tika ku sedih .
lagu yang tidak didengari oleh sesiapa .
lagu tanpa rentak nya .
lagu bukan untuk di nyanyikan .
ianya adalah lagu lagu aku . 
lagu yang lebih kepada luahan hati ku .
lagu yang sentiasa bermain dalam fikiran ku ..
itu lagu aku , hanya aku punya lagu .
lagu yang akan ku nyanyikan selamanya . .
lagu ku ini biar lah antara aku dan DIA . 
karna , DIA lebih memahami diri ku . 
karna DIA pencipta ku . 
DIA sahaja yang mampu mengubah takdir ku . 
DIA berkuasa ke atas ku .


"ya Rahman , bimbinglah hamba mu . lindungilah hamba mu dari terus alpha dgn kemewahan dunia . tunjukkan aku jalan MU agar aku berjalan mengikut kehendak MU . "
#SN#

persahabatan itu indah

Rindu aku dengan kenangan sekolah . rindu dengan semua kawan kawan .. persahabatan walaupun sering bergaduh , tak bermakna akan putus selama nya .. pasti akan bertaut jugak walau pun memakan masa yang lama . 

dulu ku mempunyai sahabat (kira macam grouping la nie ) salah sorang tuu  tetibe buat hal actually bukan salah dia pun , masing2 ada kesalahan masing2 . misunderstanding katakan .so , agak lama jugak laa kami semua terputus dgn dia . agak lama kami tak bertegur . 

hubungan kami nie kejap oke kejap x oke . tapi at the end kami dgn dia saling memaafkan , disebabkan terlalu tak bertegur tetibe jadi janggal tuk berborak . so agak lama jugak kami nak bertegur . bukan tak bertegur bermaksud bergaduh yee ..just memerlukan masa tuk berborak borak . 

sekarang tarikh 17-12-2012, aku yakin yang hubungan kami semakin okey dan oke .. alhamdulillah kami dah bole bergurau walau masing2 da berubah sebab peningkatan usia .. dah matang kan masing masing .

its oke , masing masing memerlukan waktu tuk lebih mesra .

oke, conclusion nya (macam buat essay jee kan) , di dalam satu persahabatan itu pastiakan bergaduh .  itu seperti asam garam dalam sesuatu hubungan ..  ingat rumah tangga je ade asam dengan garam . dalam persahabatn pun perlu taw ! semakin byk asam dan garam dalam hubungan itu , semakin bgs lah hubungan tu tapi xboleh jugak lau asam garam telebih takut susah nak berbaik lak.. yang penting kene ade sorang tuu jadi penyejuk nye , jangan laa jadi minyak tanah pulak. lagi lah naik api nye .masing masing perlu ade 'give and take' ..

harapan terakhir agar hubungan persahabatan kami akan makin pulih dari luka nya . yang berlalu abai kan, mulakan dgn kitab sahabat yang baru . moga ya Rabbi memberkati persahabtan kami .. 



"A friend accepts us as we are yet helps us to be what we should. " 
~Author Unknown

#SN#

to the max~!

Assalammualaikum semua . oke harini Isnin dalam inggeris nye MONDAY . sepatutnya aku akan berkerja dgn seorang lagi kawan aku . nama di beri afif . but disebabkan aku di beritahu bahawasanya FYP (final year project) dye hilang so dye kene lah siap kan so mybe diri ku akan keseorangan selama 2 weeks . gilerrr xde teman ngusik aku laa .. 

 so nye , (mcm lecterur aku lak gune "so-nye" nie) aku nak kongsi sikit perasaan aku yang terlebih2 bosan nie .. giler bosan .. tahap super suupperr drypers bosannya . sebab aku rase 1 hari kat tempat keje aku asek main internet . FB la , bukak blog2 orang . survey2 bende2 mengarut sampai aku dah tataw nak buat ape lagi dgn PC depan aku nie . Actually aku bukan laah seorang yang sering meng-update status kat fb . tapi di sebabkan lately nie hari2 aku terlalu bosan sebab dah tataw nak buat ape , so aku meng-update laa macam2 sampai kadang2 aku lupa yang fb tuu bukan diary . nampak tak kritakalnya aku punye bosan nie .. to the max laa katakan .. =p 

by the way , hidup harus di teruskan . no fightuing2 . no jealousy . no bossy . no alcohol but al-azhar can .. hahaha . 

#SN# 

Thursday, 13 December 2012

manusia itu 'lupa' dan nasihat ku

Manusia sendiri membawa maksud alpa atau lupa . Manusia juga tak lari dari melakukan silap . Begitu juga dengan cinta , ramai manusia berkorban demi cinta kononnya . Tapi disebabkan terlalu khusyuk mengejar benda yang belum tentu menjadi milik kita, kita lupa bahawa orang di sekeliling kita ada yang lebih memerlukan . buat apa kita mengejar sesuatu yang belum pasti menjadi milik kita . 
Allah always with us

Aku suka berkata ; 
" Manusia sukar menemukan yang sejati begitu juga cinta , cinta sejati jarang kita nampak . sehinggalah waktu perpisahan itu tiba . baru kita sedar betapa penting nya dia disisi " 

Itu lah lumrah manusia , bila dia di hadapan jarang kita menghargainya . tapi bila dia tiada dihadapan mata barulah kita merasa kehilangannya .

Aku cakap bukan sekadar badget bagus tapi itulah hakikat hidup sebagai manusia di muka bumi Allah . tak salah kalau kita kongsi bersama sambil sambil kite beringat . 

ada satu hal yang ingin aku kongsi bersama , iaitu tentang jodoh . apa itu jodoh . ? oke , sekarang ramai wanita atau gadis gadis yang terlalu mengejar lelaki (macam aku cakap kat atas tadi , mereka khilaf tentang agama) .
satu je prinsip yang aku pegang dalam hidup ini . 


pertama : jangan mengejar jodoh , tapi kita berdoalah agar dijodohkan dgn mereka yang boleh membimbing kita ke jalan Nya . 
kedua : jodoh tu akan dtg dengan sendirinya . walaupun sejauh mana kita berlari pasti akan datang juga kepada kita . 

dan

ketiga : perempuan pasti pernah menangis gara gara lelaki tpi cukup hanya sekali kau menangis . untuk seterusnya , xyah nagis lagi oke . kuat semangat dan yakin dgn takdir Allah . . mungkin dia bukan terbaik untuk kita . dan mungkin ada yang lebih baik,lebih menghargai kehadiran kita .sabarlah wahai teman . 

"sesungguhnya Allah takkan memberi ujian yang tidak melebihi dari kemampuan umat nya .."

So, akhir sekali yang boleh aku cakap .. "THE END" hehe 
kongsi ilmu sambil beringat .. 

#SN#

bila malam berkata ..

 Assalammualaikum..
malam yang sunyi menghadirkan perasaan yang syahdu . hati tak dapat menipu tapi mulut sering menafikan . bibir kata mampu menjalani dgn senyuman tapi tidak bagi hati .
dulu cinta ku di perkotak katik kan dan sekarang pun rasa seperti di permainkan . dua kali sudah cukup bagi aku dan cukup tuk aku memahami cinta dari sang lelaki yang mengaggapkan aku seperti boneka .


"wahai sang lelaki di luar sana jangan lah kau terlalu mudah kau mendekati si gadis jika kau tiada niat tuk menikahinya.."

bukan tak boleh mengambil berat tapi jangan sampai melebih lebih karna hati seorang gadis mudah terusik .jaga lah hati seorang gadis jika anda menyayangi sedara perempuan anda .
cukuplah untuk aku . dulu aku pernah menangis sekarang aku tak mungkin akn menangis lg .

perjuangan aku sebagai anak didik harus di teruskan sehingga ke puncak nya . belum masa nya tuk aku mencari cinta . dan mungkin ini petanda tuk aku focus on what i want .

:: cinta bukan lagi mainan, cinta adalah pendamping di masa kita senang dan susah  ::
stop memberi harapan jika niat bukan tuk di nikahi .

;; bakal imam ku, ku percaya one day pasti kita akan bertemu . masih ada masa tuk kita sama2 meningkatkan iman masing2 sebelum kita memikul tanggungjawab yang lebih besar ;;









saya rindu Xmeal saya..~!

Assalammualaikum readers !
di klang selangor waktu petang sudah bunyi guruh . tanda hujan akan tiba sebentar lagi . but wait until aku sampai rumah dulu baru hujan bole x ya Allah ..? hehe bole pulak aku kawtimm kan . . 
tetibe petang ni aku ngidam nak makan KFC .. OME!  


Xmeal laa hidangan pilihan aku . tiap kali aku pergi KFC . 
masa ni lah aku nak merasmikan penggunaan kads1m aku nie .. 
nie laa kads1m aku . x sia sia aku pergi jengka tuk mendapatkannya . waah , kenyang perut dapat makan makanan diskaun . hewhew . 
tapi i need someone to teman me untuk makan ..  nak ajak FF but dye macam x sudi . bese lah kan .. but its oke , i still have mummy to teman me . yeah! 
actually , mummy aku tu tataw pun status hubungan aku dgn FF skrg mcm mana . tu pasal kadang kadang aku malas nak kenal kan kawan2 aku kat mummy . ni tuk kawan lelaki aku , once mak aku da melting or lebih sesuai berkenan , susah aku nak tarik balek member aku tu . kalau sehari tu tak bercakap mengenai FF , x sah laa hidup dia . dan telinga nie kalau x dgr sehari nama FF x lengkaplah hidup aku . . susah kan nak deal dgn pekara mcm ni . kalau dia taw status aku dgn FF ni dah beransur kurang confirm dia akan soal aku macam2 . kadang aku terpikir layan kan je ape yang di cakap mengenai FF tu , daripada dia taw nanti dia soal macam macam pulak .. 
lagipun bagi aku , kawan pun da memadai kut . sebab kawan nie susah nak putus kan . kadang kadang kawan tuu da macam adik beradik . daripada ada perasaan lebih dari tu sbb nnti siri sendiri jugak merana . kwam3~! 
btw , aku chauow dulu laa~

#SN#

Wednesday, 12 December 2012

tetibe je aku ..

Assalammualaikum .. 
sejak lately nie aku selalu post cerita pasal loving2 gitu kan .. mesti korang ingat aku sedang berkapel la, bercintan cintun bagai mee cintan .. 
sebenarnya akyu just happy sebab someone very take care of me much .. thanks awak .. moga Allah dapat membalas nya .
hari ni aku bangun dan merasakan sesuatu kehilangan .. maybe sebab perasaan aku dekat dia sudah lebih dari seorang sahabat .. wahai perasaan pergi laa jauh dari ku sesungguh nya kau bukan terbaik untuknya . biar kan dia pergi menjalani hari hari nya dengan tenang . 
oleh sebab aku berlawan2 dengan perasaan aku sendiri , tetibe muncul bayangan si A . rindu menusuk saat terbayangkan memori kami . andai kata dulu aku tak lepaskan dia .. hmm .. kesian dia .. rindu sangat dengan dia .. mesti dia dah kahwin .. it hink so . but its good for him .. 

mesti korang tertanya tanya siapa kah gerangan si A kan .. biar aku cerita perwatakan dia sikit .. seorang tinggi nye lebih dari aku , cerah  , bentuk badan yang oke2 . dang memiliki mata yang aku suke , bentuk leher yang menarik . hahaha . tu je kut yang aku rasa dapat describe . aku takkan kenal dia kalau aku di pekenalkan oleh dua orang kawan aku iaitu fatin dan hanafi . sangat berharap dapat jumpe A lagi . just nak taw dia sekarang camne . last aku taw dia pindah ke johor after break off dgn aku . 
pape pun aku yakin pasti dia dah berjumpa dgn lebih baik . 


p/s : hidup haru di teruskan walaupun banyak duri yang bercambah di hadapan kita .. 

#SN#