damaikan hati yang gundah ini,
sungguh, aku tak dapat menahan rasa cinta ini dari terus berputik,
Kau Maha Tahu akan isi hatiku,
Sampaikanlah rasa cinta ini pada dirinya,
Aku takut apakah cinta ini akan diterima,
Kerna aku hanya orang biasa.
seseorang sering membuatkan aku bermotivate diri aku sendiri supaya tidak lagi jatuh cinta sesuka hati .. kata-kata dia sering berlegar dalam fikiran aku tiap kali aku mendekati maksiat cinta ...
pesannya:"Bila mana seorang bayi dilahirkan, telah tercatat di Luh Mahfuz Allah, siapakah jodoh dan ajal mautnya. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa agar dikurniakan yang terbaik dan diri kita sendiri dahulu perlu menjadi baik. Dalam bulan Islam sendiri ada waktu mustajab doa yang dapat mengubah takdir hidup kita, contohnya waktu lailatul qadar, malam nisfu sya\'ban dan waktu2 mustajab doa yang lain. Percayalah pada qada' qadar Allah. Dia yang telah menciptakan kita dan Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Ramai yang sibuk mencari cinta untuk baitul muslim, tapi tahap pertama iaitu fardul muslim pun masih belum sempurna lagi. Kalau tapak tak kukuh, bagaimana agaknya binaan itu akan teguh?. Jika solat pun sering sahaja kita lengahkan, solat subuh selalu lewat, rasa malas nak buat sesuatu kerja, sikap ammarah pun belum mampu kita kawal, bagaimana agaknya kita nak fikir tentang tahap kedua matlamat umum tarbiyyah (baitul muslim) itu?."
Nasihatnya lagi: "Cinta ini memang fitrah, tapi jangan kita jadikan ia fitnah. Contohnya, bila kita sedang berpuasa, kita disuruh agar tidak mendekati makanan kerana boleh jadi ia membawa fitnah yang boleh membawa kita berbuka puasa. Maka begitu juga CINTA, rasa suka itu fitrah. Jadi, kita dilarang mendekati maksiat seperti zina hati, dating dan bergayut dengannya di telefon agar fitrah itu tidak menjadi fitnah".
moga pesanan ini sentiasa dan kekal dalam jiwa dan sentiasa tersemat dalam hati..
"Azam bukanlah hanya sekadar perkataan, azam membawa pegertian besar. azam adalah perubahan holistik dalam kehidupan seharian manusia .. "
ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan ku.. agar aku tidak mendekati apa apa maksiat.. cukup sudah dengan apa yang berlaku sebelum2 ini.. dulu aku jahil,aku sedar akan hakikat itu.. tapi tidak salah untuk kita cuba melakukan sesuatu yang lebih baik dalam hari2 yang kita lalui .. yang keruh kita tinggalkan,yang jernih kita dekatkan..
"Jodoh akan datang pada kita,usah kita pergi mencarinya .."
