oke , berkaitan tajuk di atas . saya "si Putri Lavender " a.k.a PL ingin berkongsi sedikit mengenai adat, wajib dan sunnah di dalam sesebuah perkahwinan . actually , someone tag me in fb about this so PL buat sedikit selidikan di dalam dunia cyber ini mengenai nya . dan ada lagi perkara yang dapat PL tambah kan di dalam cerita ini . Dengan izin NYA, ia dapat membantu kita dalam membezakan antara wajib,sunnah dan adat . actually , PL nak fokus kan kepada topik perkahwinan . sebab dalam majlis perkahwinan zaman sekarang sudah banyak adat-adat yang sedikit sebanyak sudah lari dari syariat islam itu sendiri sehinggakan anak-anak muda sudah keliru sama ada ianya adalah adat atau tuntutan syariat . so PL nak kongsi sedikit ilmu di sini .
first, kite sentuh bahangian "Tunang" . "Tunang" ini lama kelamaan menjadi perkara yang wajib sebelum melangkah ke arah gerbang perkahwinan . puncanya , bila ibu bapa ini takut kalau anaknya terus di akad di khuatiri menjadi bualan masyarakat sekeliling dengan mengatakan mungkin si putri itu sudah berisi itu lah punca nya terus di akad . seharusnya, para ibu bapa harus bersyukur kerana anak-anak mereka mempercepatkan sesuatu yang baik . lagipun semua orang tahu dugaan bertunang ini lagi kuat gangguan nya . oleh itu, untuk saudara islam ku . marilah kita buka sedikit pemikiran kita moga perjalanan hidup kita lebih di berkati .berbalik pada topik "Tunang" tu , seperti yang kita tahu . bertunang hakikatnya hanya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimaterai bersama . sebagai tanda ikatan pihak dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberi hadiah lain . so pada pendapat anda, adakah ini satu ikatan rasmi ? atau adakah dengan ikatan tunang ini sebagai tiket itu untuk lebih "bermesra" dengan pasangan anda ? suka saya bandingkan hal ini dengan proses " booking kereta " . sebagai contohnya , kalau anda sudah mempersetujui untuk membeli sesebuah kereta itu mesti tauke itu meminta wang pendahuluankan . kalau kereta yang dimaksudkan itu sudah ada di showroom, mungkin proses pembelian akan selesai dalam jangka masa yang pendek . walaubagaimana pun, untuk membolehkan kereta itu dikeluarkan pembeli harus selesai kan beberapa hal kan . so berdasarkan proses ini , bolehkah si pembeli yang baru bagi wang deposit itu , masuk dalam kereta tersebut dan membawa keluar dari showroom ? sudah pasti tauke tu tidak membenarkannya .
begitu juga pasangan kita . tidak semesti nya anda dan pasangan anda sudah rasmi bertunang. itu bukanlah tiket untuk anda bergaul lebih "mesra" .
sebenarnya dalam tempoh pertunangan itu terdapat beberapa perkara yang diharuskan . antaranya ;
1. perhubungan pasangan itu hanya boleh dilakukan di rumah perempuan dengan temani oleh mahramnya. ini bermakna, kalau lelaki membawa kakaknya sebagai teman tidak memadai .
2. jika lelaki mahu membawa keluar tunangnya, perlulah dibawa bersama ibu atau bapa perempuan itu sekurang-kurangnya abang atau kakak perempuan tersebut.
3. dalam tempoh pertunangan mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain untuk mencari keserasian.
4. dalam keadaan apa sekalipun sentuhan baju tunang adalah di larang apatah lagi menyentuh kulit termasuklah tangannya .
5. tidak di galakkan pasangan tunang itu bermalam dan tidur di rumah pasangan masing-masing walaupun dalam bilik berasingan.
hal ini bertujuan untuk menjaga maruah kedua-dua belah pihak .
so ini berkaitan dengan hal tunang, bagaimana pula dengan hal walimatul urus .
Apa yang dimaksudkan dengan Walimatul urus ?
berdasarkan pembacaan PL , kata Walimah diambil dari kata asala walmun yang bererti perhimpunan, kerana pasangan suami isteri pada ketika itu berkumoul sebagaimana yang dikatakan oleh imam az-zuhri dan selainnya. bentuk kata kerjanya adalah azlama yang bermakna setiap makanan yang dihidangkan untuk menggambarkan kegembiraan ketika pernikahan . dan walimatul urus adalah sebagai tandan pengumuman ke atas pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan.kat sini pun kita da boleh nampak tujuan walimatul urus kan . ia adalah satu jamuan makan-makan untuk mengumumkan ke atas pernikahan itu untuk mengelakkan sebarang fitnah selepas itu .
Mengucapkan ucapan yang tidak di sayri'atkan
tidak sepatutnya kita memberi ucapan yakni doa yang tidak sewajarnya untuk pasangan penggatin. seperti yang semua orang tahu dan mungkin kebanyakkan orang memgunakan nya iaitu mengucapkan "selamat penggatin baru" atau mungkin "semoga bahagia dan mendapat ramai anak " . al-hafiz ibnu hajar al-'asqalani rahimahullah menjelaskan ; "perkataan ini biasa diucapkan oleh orang-orang jahiliyyah sehingga ucapan ini dilarang" (Fathul Bari,jil 9 , m/s.222. rujuk: Abu Hafsh Usamah, panduan lengkap nikah , m/s 232, pustaka ibnu katsir)
Rasulullah s.a.w sendiri melarang perbuatan seperti itu sebagaimana yang dijelaskan oleh 'Uqail bin Abu Thalib. ini berlaku di ketika 'Uqail berkahwin dengan seorang wanita dari suku Jasyam . lalu orang-orang yang mengunjunginya mengucapkan : " semoga bahagia dan mendapat ramai anak". 'Uqail pun berkata ; "janganlah kamu mengucapkan seperti kerana Rasulullah telah melarangnya" . mereka pun bertanya : "jadi apa yang haru kami ucapkan ,wahai abu zaid?" 'uqail berkata ; "ucapkanlah ; semoga Allah memberkahimu di dalam kesenangan atau pun kesusahan". begitu juga kita diperintahkan .(diriwayatkan oleh ibnu Abi Syaibah,'Abdurrazzaq,Ahmad. rujuk; al-Albani,Adabuz zifaf , m/s 162,media hidayah)
Kemungkaran dan tokok tambah (Bid'ah) di dalam Majlis Walimah
yang dimaksudkan sebagai kemungkaran di sini adalah apa jua yang dilarang dan diharamkandi dalam agama .Allah s.w.t berfirman ; "wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. sesiapa yang mengikut langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan yang mungkar. sekiranya tidaklah keranan kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui." (Surah an-Nuur , 24:21)
oke apa yang PL nampak di dalam sesebuah majlis perkahwinan yang berlanggar dengan syariat Islam diantaranya ;
1. membuka Aurat
perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai oleh wanita pada masa ini semakin banyak di dalam majlis-majlis walimah. malah ianya sudah menjadi satu 'trend' dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan penggatin melangsungkan majlis mereka . ada yang asalnya memakai tudung tetapi apabila tiba hari perkahwinan si perempuan ini rela memuka tudung dan mendedahkan aurat nya di khalayak. sudah lah tidak menutup rambutnya, di pakai pula dengan pakaian ketat2 dan kainye tipis . (ya Rabbi, Elakkan PL dari hal ini, amin..)
seharusnya sebagai wanita yang beriman hendaklah kau mempertahankan pandangan dan kemaluannya dan janganlah kamu menmpakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya . dan hendaklah kamu menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlahmenamoakkan perhiasannya kecuali kepada mahram mu.. hal ini ada diperkatakan di dalam Surah an-nuur ; 24:31 .
2. adat bersanding dan pelamin
perbuatan mengadakan pelamin dat adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam . malah , is mungkin di tiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.
menurut Syaikh Abdullah bin 'Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah : "perbuatan bersanding adalah tidak dibenarkan. sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa mali dan taqlid (mengikut) keoada kaum yang suka kepada keburukan. perkaranya adalah jelas. pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?" (Muhammad Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s 230, pustaka Ibnu Katsir)
pendapat PL , seseorang suami yang rela menayang isteri nya dengan sengaja (bersanding) bermaksud suami itu seorang yang dayus . walimatul urus sendiri sudah menerangkan bertujuan untuk membuat pengumuman keatas penukaran status pasangan pengantin . so, bile kite sendiri tahu bersanding itu tidak boleh so cubalah kita elak dari melakukannya . terutama kepada bakal2 suami di luar sana, jadilah pemimpin di dunia dan akhirat untuk isteri dan keluarga mu . .
3. bersolek dan memakai wangi-wangian sehingga menaikan syahwat lelaki oleh wanita
4. mencukur kening dan memakai rambut palsu.
5. memanjangkan kuku dan mewarnakan dengan pewarna .
6. mencukur janggut .
7. mengkhususkan adanya cincin perkahwinan
perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan,pertunangan atau pun pernikahan ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. telah di jelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimullah: "tindakan ini menyarung cincin selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas" (al-Albani, Adabuz zifaf, m/s 191, media hidayah)
bukan tidak boleh cuma yang penting jangan sampai berlaku nya pembaziran dan yang paling penting nawaitu kita bukan meniru kafir . yang paling penting emas untuk kaum adam memang di haramkan sebab itu dah kira menyerupai perhiasan wanita.
8. menabur gula-gula,coklat dan bunga
9. adat merenjis air mawar .
10. mewajibkan adanya duit dan barang hantaran .
seelok-eloknya, dari segi duit hantaran, seelok-eloknya janganlah pihak perempuan meletakkan harga keatas anak perempuan itu, biarlah pihak lelaki memberi seikhlas dan mengikut kemampuan dia . kalau kita letak harga sehinggakan pihak lelaki terpaksa menghutang pun tak guna sebab nanti after kahwin si suami kene bayar hutang tu pulak . kan serupa je . biarlah berdasarkan kemampuan masing-masing . ini pendapat PL taw hasil dari mendengar orang-orang tua bercakap mengenai hal2 ni .
ini diantara yang dapat PL kongsi . ini yang PL da short kan ,kalau nak taw lebih mendalam korang boleh baca kat sini ..
oke satu lagi PL nak kongsi .. apakah hukum suami mencium dahi isteri selepas majlis akad nikah dihadapan orang ramai ?
jawapannya ; Haram jika ada bukan mahram di majlis itu, makruh jika ada tetamu yang tidak suka dengan perbuatan itu dan haram hukumnya jika niat ingin tiru cara orang kafir, lebih afdal tidak cium dahi / pipi/mulut.memadai dengan bersalaman dan cium tangan jika ingin meneruskan tradisi'batal air sembahyang' .
dan satu lagi , why not kita ganti kan mencium dahi isteri selepas akad dengan sunnah Rasullulah s.a.w iaitu dengan meletakkan tangan si suami di atas ubun si isteri sambil membaca doa ini yang maksudnya :
"Ya Allah, Aku mbermohon kepada Mu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padaNya" . [Abu Daud, Ibn Majah-hadis sahih-]
........Wallahualam ..........
rupanya, ada staff kat tempat PL keje ni ada yang mengamalkan sunnah ini selepas akad. bestnya, PL harap sangat kalau turn PL nanti, PL nak yang macam ni.
untuk bakal imam ku, ku mohon agar kau bukan seorang yang dayus ye .. jadilah pemimpin yang terbaik untuk ku. ku tidak mintak kau untuk jadi ustaz mahupun para ulama' cukup sekadar kau tahu hukum dan mampu memimpin ku surga Cinta . .
#SN#


No comments:
Post a Comment
S'KupuLavender inginkan pendapat ..