FRISBEE

FRISBEE

Teman




Chat SN

Wednesday, 2 January 2013

ber'couple' vs Nikah gantung

Assalammualaikum . bertemu lagi kita hari ini . alhamdulillah , dengan izinNYA PL masih bernafas di muka bumi Allah . . sebelum tangan berbicara, hati berceloteh , mata membaca , PL harap korang semua sentiasa bahagia menjalani hari-hari korang . walau setajam mana duri itu, hadapi nya dengan tabah . oke!

berbalik kepada topik asal . First kite bercerita sedikit mengenai Couple .. 

1) Couple 

apa itu couple ? semua orang tahu , couple itu adalah sesuatu hubungan di antara lelaki dan perempuan yang saling sayang menyayangu. dalam bahasa kasarnya , sedang dilamun asmaradana laa katanyaa .. 
suatu ketika dulu kalau sesiapa yang sudah ber'couple' memang paling bangga laa dia . kira rasa dirinya HOT n COLD bak kata ketty perry.. tapi sekarang hukum bercouple tu sudah menjadi bahan cerita . ada yang tahu tapi masih lagi melakukan nya . inilah dunia di akhir zaman . 

S  apa hukum ber'couple' . ?
J  Islam telah menggariskan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan . Tujuannya adalah untuk memelihara kesucian dan maruah umatnya . sebagai seorang Islam kita wajib mematuhi perintah-perintah Allah S.W.T dan menjauhi larangaNya demi menjaga kesucian agama . 
umat Islam samada lelaki dan perempuan hendaklah menjaga adab-adab pergaulan dan pandangan masyarakat serta jiran sekeliling agar tidak timbul fitnah dan perkara yang tidak diigini. contohnya, lelaki dan perempuan keluar bersama tanpa ditemani mahram, berpegangan tangan, berdua-duaan, berpelukan, berkesedudukan dan lain-lain sifat negatif yang mencemarkan kesucian agama Islam. Rasulullah s.a.w pernah menyebut dalam satu hadis yang bermaksud;
"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, maka yang kediganya adalah syaitan"
walau bagaimanapun Islam mengharuskan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan tertenut seperti menuntut ilmu dan berkerja, dengan syarat mereka menjaga adab-adab pergaulan , menjaga aurat dan cara berpakaian, cara bercakap dan cara berjalan.



couple itu menjadi haram bila wujud nya penzinaan dari segi mata, mulut, telinga, tubuh badan dan zina paling senyap iaitu zina hati . .

cinta tidak haram dengan niat ingin mendirikan masjid. tapi boleh menjadi haram bila dengan niat bukan tuk dinikahi . .

2) Nikah gantung / nikah Khitbah

S    apa itu nikah gantung ? 
J  nikah gantung membawa maksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
dalam kata lain , majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin(walimatul urus) diadakan kemudian. penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
akan tetapi rukun-rukun perkahwinan sepperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami,isteri, wali, saksi, dan akad(ijab Qabul). tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar . utnuk hantaran boleh ditangguhkan dulu . 

S   apa sebab-sebab perlunya nikah gantung?
J sebab-sebab biasa nikah gantung ini di buat adalah seperti :
- suami masih tidak mampu menyra sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaiam dan sebagainya.
- pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar
- belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab rumahtangga.

setelah majlis akad nikah langsung , kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggung jawab sebagai suami dan isteri, pada kebiasaanya pasangan ini akna tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

S   apa tujuan Nikah gantung ini .?
J  ia bertujuan bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, ber'dating' dan bermesra . malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
walaupun mereke nikah gantung mereka masih lagi suami-isteri yang sah di sisi undang-undang Malaysia dan agama Islam . 



disini ada sedikit video klip dari ustaz kesayangan anak-anak muda sekarang . ustaz Azhar Idrus . video soal jawab mengenai Nikah gantung .

:: So kesimpulannya, Islam itu mudah kan. cuma manusia yang selalu menjadikan ia rumit .  jangan mencari masalah kalau mahu hidup di berkati oleh NYA. . :: 

"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan"


#SN#

No comments:

Post a Comment

S'KupuLavender inginkan pendapat ..